Asslamualaikum…
Tidak lama lagi kita akan menyambut 1 Shawal bersamaan 30hb Ogos 2011. Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah swt. kerana kita telah berjaya melaksanakan ibadat puasa dan lain-lainnya dengan jayanya tanpa sebarang halangan.
Bagi ahli-ahli generasi al rahman, sempat juga kita membuat riuh rendah di rumah Pok Amir dan Ayah Long ketika berkumpul “berbuka puasa grand”. Juadah yang di hidangkan memang menyelerakan. Di tambahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara yang datang. Gamat di buatnya..tapi itulah silaturahim yang kita kena kekalkan ke anak cucu kita.
Terimakasih kepada Pok Amir dan Ayah long sekeluarga kerana menjadi tuan rumah. Tak lupa yang datang dari jauh dan dekat memeriahkan majlis..Jafni sekeluarga, Fahmi sekeluarga, Amri Zaini sekeluarga, Pok Ya sekeluarga, Pok Su sekeluarga, Uncle sekeluarga, Mizi sekeluarga, Marina sekeluarga, Nora sekeluarga, Mamateh & Linda tak pernah ketinggalan keluarga Pok pa yang penyibuk ini.
Bagi yang pemurah jangan lupa bawak duit raya untuk anak buah yang belum bekerja. Tidak kira berapa jumlahnya ..yang penting pemberian yang ikhlas bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesame kita..
Di kesempatan ini Pok pa bagi pihak kak Nor, Faiz, Khusairy, Athirah & Alisha mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan maaf zahir dan batin.
0 comments:
Post a Comment