Pages

Subscribe:

Sharing is Caring

Wednesday, December 7, 2011

Apa khabar sume??

Sonyap jo blog ni... xpo2 sume orang bz, sapo2 x bz boleh tlg update blog kte k..

kalo nk email & password boleh mintak kat pokpa, amri or khusairy

till we meet again

Wednesday, November 2, 2011

Cara Mudah Cari Muka Surat Dlm Al-Quran

Mari kita cuba:

Contoh 1:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Wednesday, October 26, 2011

En Khusairy busy ke??

Dear En Khusairy, bila mau update blog? hehehe

Sapa2 ada plan nk p spore tu, sila la ke marina bay k, tgk songs of the sea.. (nie gambo thn lepas time kurus ekeke). Universal studios pun bes gok, tp xtau bila mau p.

Sunday, September 18, 2011

Percutian Di Agro Resort, Setiu





Pada 16hb sept yg lalu.. keluarga pok pa, uncle, dan pok su telah bercuti semalaman di agro resort,setiu. Tujuan percutian adalah untuk melepaskan ank2 yg baru selesai tension UPSR.
Menrik juga tmpatnya terdapat Fish spa, flying fox, kolam ,kolam memancing, haiwan dan tumbuhan. Mungkin kita boleh fikirkan untuk membuat Family day kita di sini yg akan dtg. Saksikan beberapa keping gambar untk tantapan semua.

Thursday, September 1, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN SITI MAISARAH






Assalamualaikum...

Pada tarikh 2 shawal bersamaan 31hb Ogos 2011. Satu majlis pertunangan yang bersejarah telah berlangsung di rumah Mamateh di Bakau Tinggi. Majlis turut di hadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai dari kedua-dua belah pihak dan bermula kira-kira jam 3.45 petang.

Pok pa sendiri telah di lantik menjadi jurucakap. Itulah kali pertama pengalaman pok pa menjadi jurucakap. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. dan .meriah . semoga majlis perkahwinan yang di rancangkan pada 11,11,11 dengan hantaran 11 ribu akan terlaksana dengan izin Allah swt...amin....

Lihatlah beberapa keping gambar untuk tatapan semua...

Sunday, August 28, 2011

Selamat Menyambut Aidil Fitri


Asslamualaikum…

Tidak lama lagi kita akan menyambut 1 Shawal bersamaan 30hb Ogos 2011. Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah swt. kerana kita telah berjaya melaksanakan ibadat puasa dan lain-lainnya dengan jayanya tanpa sebarang halangan.

Bagi ahli-ahli generasi al rahman, sempat juga kita membuat riuh rendah di rumah Pok Amir dan Ayah Long ketika berkumpul “berbuka puasa grand”. Juadah yang di hidangkan memang menyelerakan. Di tambahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara yang datang. Gamat di buatnya..tapi itulah silaturahim yang kita kena kekalkan ke anak cucu kita.

Terimakasih kepada Pok Amir dan Ayah long sekeluarga kerana menjadi tuan rumah. Tak lupa yang datang dari jauh dan dekat memeriahkan majlis..Jafni sekeluarga, Fahmi sekeluarga, Amri Zaini sekeluarga, Pok Ya sekeluarga, Pok Su sekeluarga, Uncle sekeluarga, Mizi sekeluarga, Marina sekeluarga, Nora sekeluarga, Mamateh & Linda tak pernah ketinggalan keluarga Pok pa yang penyibuk ini.

Bagi yang pemurah jangan lupa bawak duit raya untuk anak buah yang belum bekerja. Tidak kira berapa jumlahnya ..yang penting pemberian yang ikhlas bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesame kita..

Di kesempatan ini Pok pa bagi pihak kak Nor, Faiz, Khusairy, Athirah & Alisha mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Wednesday, August 10, 2011

Renung2kan & Selamat Beramal

Hadis yang Menarik..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung..

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Reramai

Rumah PokAmir /Makni 6 Aug 11

(special thanks to Pok Amir sbb cari ikan besor2 hehehehe)






Rumah Pokya /Mokmi 7 Aug 11


Patin masak Tempoyak aummmm

Monday, August 8, 2011

Rumah Agam



Assalamualaikum...untuk tidak kehilangan gambar ni dlm hp Pok pa., maka diabadikan dalam blog generasi untuk simpanan maya.

Sunday, August 7, 2011

Ziarah di Ramadhan Karim



Pada Sabtu 6hb Ogos baru-baru ni, kami telah pergi menziarah Kak Ton di Dungun yang uzur akibat komplikasi kenching manis dan barah. Turut serta menziarah selain Pok pa ialah Pok ya, Mok Mie, ibu, Tok Wan, Zuli, Jafni, Pok Ya, Fahme, Nerah, Wani juga Sahril & Nurin. Kami juga sempat singgah di rumah Kak Nah ( isteri arwah Pok Li) di Bukit Chatak.

Kami amat berbangga kerana dua dari anak beliau kini sedang menuntut di Al Azhar Mesir. Kalulah arwah masih ada..tentu gembira dengan pencapaian anak-anaknya.

Semoga Kak Nah sekeluarga di berikan kemudahan dalam kehidupan dan semoga roh arwah di cucuri rahmat disana.

Amin...

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga puasa kita pd tahun ini lebih diberkati dan berkualiti dari tahun2 sebelummya..

Sunday, July 24, 2011

Malaysia XI vs Chelsea FC (21 July 2011)

Jangan jelesssssss hehehehhehe

Tokwan Jalan2 KL

As salam wbt.

Baru2 ni, tokwan bersama family pokpa n family pok amir mai jalan2 kolumpo, nk shopping raya ketenyer hehehe.. 20hb bermalam d rumah en jafni/kak july... 21hb bermalam d umah en boboy/kakda (tokawan mari scan umah)... 22hb balik kemamang sbb 23hb ada kenduri d KT. Ada beberapa gambar sempat kami snap utk tatapan sumer.

sekian, melaporkan

Wednesday, July 13, 2011

Al-fatihah




Assalamualaikum..

Pada jam 1 pagi selasa 12hb July bersamaan 11 Shaaban, papateh telah pulang ke rahmatullah di Hospital Selayang setelah sekian lama berperang dengan pelbagai komplikasi penyakit yang telah menggangu kesihatan arwah sekian lama.

Jenazah telah disemadikan di Kampung Pantai Dalam Kuala Lumpur pada kira-kira jam 10.00 pagi hari yang sama

Turut sama menziarah ialah .. Amrizaini, Jafni, Fahmi, Mok Ja, Uncle, Pok Bir selain Pok Pa dan Kak Nor.

Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin....


Friday, July 8, 2011

Video Birthday Alisha


Hapy Bday Alisha

Assalamualaikum...

Pagi tadi Pok Pa sekeluarga telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena hari lahir Alisha yang ke 3..kami menjemput keluarga terdekat saje. Mamateh, Mk Ani, Tok Wan & Mk Ja. Menu..Nasi Kunyit, Mee Hoon & Sira Labu..juga lain-lain juadah.

Terimakasih pada yang bagi hadiah dan sudi hadir memeriahkan majlis kami...Ini ada beberapa gambar untuk tatapan...Terimakasih

Saturday, July 2, 2011

Materials/ Update Blog

Assalamualaikum...

Ahli-ahli di minta untuk berkerjasama bagi menghidupkan blog kita ini. Masing-masing boleh saja mengisi blog GAR kita dengan apa-apa cerita yang hendak di kongsikan. Kalu harap kami saja...jawapnya beginilah...dah kurang masa untuk berceloteh..Amri tolong update harijadi sejak yang terakhir boleh?....

Sunday, June 26, 2011

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Kepada En Khusairy, where have you been? Bila nk update blog ni angoh? hehehhe

Kepada family members Gen Al-Rahman (GARians), kalo ada cerita2 terbaru nk dikongsikan bersama boleh je email to Pokpa or Amri or Khusairy.. kami akan copy paste masuk blog GAR ni..

Agak2 bila nk wat family day 2011 ni yer, hujung tahun cuti sekolah?

~Abg boy~

Saturday, May 21, 2011

Meranti Park Bukit Tinggi

Assalamualaikum,

Ahli-ahli yang berkelapangan di jemput untuk percutian ke Meranti Park Bukit Tinggi pada 3 & 4/6/2011 Di antara kemudahan yang ada adalah seperti dibawah. Sila nyatakan kehadiran untuk tujuan logistik.

The Meranti Park Suites Recreational Facilities :

  • Bowling Alley(12 lanes)
  • Flood Lit Tennis Court
  • Badminton Court
  • Squash Court
  • Basket Court
  • Paintball Tag
  • Table Tennis
  • Gymnasium
  • Archery
  • Driving Range *Pro Shop
  • 18-hole Championship Golf Course
  • Male/Female Changing Rooms
  • Swimming Pool
  • Snooker Room
  • Wading Pool
  • Camping Site
  • Picnic Spots
  • Trekking
  • Cycling
  • Jungle
  • Sauna
  • Children's Playroom
  • Library/Reading Room



Thursday, May 19, 2011

Alisha

Tuesday, May 17, 2011

link youtube generasi-alrahman

http://www.youtube.com/user/generasialrahman

Geli hati Nampak!


Gelihati mendengar gossip pasal perkahwinan tu......

Picnic at Chendor

Monday, May 9, 2011

Harijadi lagi...



Lydia 5/5/11
Tok Wan 5/5/11

Sunday, May 8, 2011




So Soon lirik

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, oh
 
Tiny Kaoani