Assalamualaikum...
Pada semua adik beradik Pok Pa iaitu Ayah Long, Mama Teh, Mok Mi, Pok Bir, Mok Ani, Mok Ja & Mok Dah...sentiasalah kita mendoakan kesejahteraan ibunda tercinta ini. Walaupuan ayahanda sudah lama pergi dan kita tidak sempat berbakti padanya, kita masih boleh terus mencurahkan kasih sayang pada bonda kita yang alhamdulillah setakat ini masih di anugerahi kesihatan untuk masih bersama-sama kita lagi. Dalam usia yang makin meningkat dan keuzuran yang semakin ketara jelas kerana meniti usia emas, masih ada lagi kesempatan untuk anak-anak mengutip pahala yang disediakan Allah Taala yang dikhaskan untuk anak-anak yang terus mengasihi dan mentaati ibu yang pernah berkorban membesarkan kita dalam serba kekurangan suatu ketika dulu.....Amin
0 comments:
Post a Comment