Pages

Subscribe:

Sharing is Caring

Monday, December 21, 2009

Trip to KL

Si gendut belasah nasi kukus di rumah Nerah
Muaalaf ke dua orang tu...rumah Nerah..

Rumah Zuli memang satu bas pun boleh relax....


Assalamualaikum...
Baru-baru ini Pok Pa dan Mak Ani sekeluarga telah ke KL. Tujuan Pok pa adalah bagi menghadiri majlis perkahwinan Ayah Teh Wan Jamil di Rawang. On the way kami di jemput oleh Uncle Sham dan Mamateh untuk menjamu selera di Awana Genting. Wuuuu...sejuknya..kabus sampai tak nampak jalan..kami sempat juga menunaikan sembahyang jumaat di Masjid berhampiran rumah uncle Sham. Terimakasih uncle Sham dan mamateh....
Kami kemudian berpecah dan Pok pa di sertai mamateh terus ke Banting Selangor untuk bermalam di rumah Su ( adik Kak Nor). Di sana telah ada Ida dan Ain serta Kak na (emak Kak Nor). Pada malamnya lepas isyak kami sekeluarga telah ke rumah Amri Zaini (boy-boy) di Bukit Puteri. Tiba di sana..aik...dah ada Pok Amir & Abg Jafni sekeluarga menunggu dan di jamu makan pizza dan spagetti...terimakasih Kak Syuhada dan Amri...katanya spagetti yang dibuat best....tapi Pok pa tak sempat dah habis...bukan....sebenarnya perut Pok Pa dan tak berapa sedap sejak petang...dah lebih sepuluh kali ulang-alik tandas..
Keseokan harinya kami ke Rawang menghadiri majlis perkahwinan Ayong dan petangnya singgah di rumah Kak One. Malamnya kami di jamu dengan BBQ. Ada ayam, ikan, udang, sotong, puyuh, kambing dan nasi goreng serta macam-macam kuih muih dan buah-buahan ...huh..memang best...Terimakasih Kak One, abang Jafni. Mok Mee dan Pok Ya pun ada....malam sikit Kak Nerah dan Abang Fahmi datang. Katanya dari Johor...mereka pun sempat belasah mana yang ada...memang best....
Keesokannya kami ke Sungai Buluh dan singgah di rumah Nerah. Kami di jamu nasi Kukus Sungai Buluh...best...time makan semua diam je...sebab ayam dan kuahnya memang best... Terimakasih both of you..
Kami bertolak balik lebih kurang pukul tiga petang dan sampai di Kamaman dalam pukul tujuh malam...antara gambar yang di ambil dengan handphone sebab digital kamera lupa nak bawak....

Tuesday, December 1, 2009

Majlis Untuk Ahmad Khusairy










Salam…
Terimakasih kami ucapkan pada Mamateh dan Madiha kerana mengadakan majlis jamuan sempena kejayaan Khusairy dalam UPSR….jamuan ayam kentucky fried chicken dan lain-lain di adakan di rumah mamateh. Bukan saja makanan dan minuman yang enak-enak, khusairy pun dapat hadiah jugak dari Kak Ha….terimaksih sekali lagi. Kami sekeluarga rasa terharu atas kesungguhan semua yang mengadakan majlis itu dan terimaksih juga atas kehadiran uncle sekeluarga, Mak ani sekeluarga dan of course Kak Nor dan anak-anak Pok Pa.








Lain-lain yang bagi peragsang pada angah setakat ni kata angah ialah Kakak, Kak One, Kak Nerah dan Boy boy....terimakasih

Monday, November 30, 2009

Taman Tema Gambang Resort

Antara aksi-aksi yang sempat di rakam...




Alisha pun nampak seronok..Iskandar tu ..main kat cetek je...


Baru sampai dan sempat posing untuk kenangan....


Salam semua….

Pada 29hb Nov. baru-baru ni sempena cuti hari raya aidil adha, Pok pa dan Mok Ja sekeluarga telah berkunjung ke Taman Tema Gambang. Inilah kali pertama Pok pa sampai di sana sejak ianya dibuka. Kebetulan pula Uncle dapat tiket percuma untuk 10 orang ketika mereka berkunjung di sana suatu ketika dulu ketika promosi dibuat. Meraka dapat 10 tiket masuk percuma. Alhamdulillah Pok pa sekeluarga dipilih untuk 5 tiket percuma….terimakasih banyak-banyak……
Kami sampai di sana kira-kira jam 10 pagi dan berada didalam kawasan taman tema hingga kira-kira jam 3.30 petang. Bayangkanlah tempoh kami berada dalam sana berapa jam. Yang paling gembira sekali tentulah budak-budak. Tapi mak budak pun…amboi…kadang-kadang menghilang kenalah bapak dia jaga yang kecik-kecik tengah main air…Pok pa pun cuba banyak tempat yang agak challenging seperti gelongsor air tinggi….wooo ..tingginya…masa turun tuhan saja yang tau…nak menjerit kuat-kuat malu…..lepas tu yang macam terjun gaung pun ada..kalau faiz tak paksa Pok pa…memang tak cuba punya…sekali perut terhentak huh……sakit sampai sendawa-sendawa jadinya…
Di sini ada di sertakan beberapa keeping gambar yang sempat di ambil ketika disana.. Terimakasih…..

Tuesday, November 24, 2009

Suria Merang Resort

Kolamnya boleh tahan .... Dah lama tak main pasir ooi...




O








ooi cik adek...seksi jangan sampai ke tua...





Salam semua...baru-baru ni pok kami sekeluarga singgah di suria merang semalaman balik dari ambil faiz sempena cuti persekolahan. Faiz pulak kena sakit mata ...bengkak sebelah...takut pulak berjangkit pada kami....alhamdulillah setakat ni ok...kami singgah di sebuah klinik di batu rakit dan di beri ubat titik buat protection takut berjangkit...mmmm macam-macam faiz ni..baru-baru ni kena kudis buta...ni sakit mata pulak.....Oleh kerana angah pun berjaya dapat 5A dalam UPSR maka kami pun buat keputusan untuk menginap di sana on the way balik...rasanya ok jugak resort tu...kalu budak-budak nak mandi kolam boleh jugak consider tempat ni...gambar-gambar ni di ambil sekadar untuk tatapan sahaja...

Wednesday, November 18, 2009

Tahniah Ahmad Khusairy !!!



Pada lebih kurang jam 10.40 pagi 19hb, Pok pa hadir di Sek. Keb Sri Kemaman bagi mendengar pengumuman keputusan UPSR angah. Alhamdulillah......strike jugak anak Pok pa yang ni..

Bukan apa...Pok pa agak kurang yakin dengan angah untuk strike sebab angah bagi Pok pa macam-macam alasan bila Pok pa tanya boleh jawab tak soalan peperiksaan...


Tapi keputusan ini menjawab segala persoalan itu...Tahniah Angah...

Friday, November 13, 2009

YURAN AHLI.



Assalamualaikum...kepada semua kaum kerabat Pok pa di maklumkan ada ahli yang masih belum mendapat informasi mengenai yuran bolehlah merujuk kepada mok ja 0139552152 untuk maklumat lanjut..bukan apa takut jadi tunggakan...banyak pulak nak kena keluar...

Tuesday, October 27, 2009

SERUAN IBADAT HAJI..




Ketika ini kita menyaksikan saudara dan rakan kita ada yang akan dan telah sampai ke Tanah Suci bagi menunaikan haji. Alhamdulillah.. satu kemenangan bagi mereka kerana berjaya menunaikan rukun islam yang ke-5. Po pa sendiri setiap kali menonton lokasi sekitar masjidilharam dan lainnya...akan teringat-ingat pengalaman menunaikan ibadat umrah seketika dulu. Walaupun ada yang agak sinis mengatakan.."kenapa pergi umrah tak pergi haji dulu !!" Pok pa hanya tersenyum dan kata masa dan kemampuan hanya cukup untuk ibadat umrah saja ketika ini...

Sebenarnya pengalaman beribadat di tanah haram..masjid nabawi dan masjidilharam dengan pahalanya yang tak terkata fadhilatnya...layakkah kita bandingkan dengan RM5-6 ribu perbelanjaan yang kita keluarkan?...tentunya tidak..bayangkan fadhilat sekali beribadat di masjid nabawi 10 ribu ganjaran dan di masjidilharam pula 100 ribu ganjaran. Bonus yang kita dapat tentu sekali tak dapat di beli dengan wang ringgit sedikit pun...
Pengalaman menunaikan ziarah di tempat-tempat yang kita hanya mendengar dan membacanya dari buku-buku adalah sesuatu yang tak dapat di gambarkan perasaanya....
Walaubagaimanapun niat dan usaha bagi menunaikan ibad haji adalah wajib bagi semua...marilah sama-sama kita berdoakan agar tuhan mempermudahkan bagi kita menunaikannya suatu hari nanti..amin....

Friday, October 23, 2009

Rezeki Dari Tanah..







Assalamualaikum..






Pok pa harap semuaya berada dalam kesejahteraan. Pok pa bukan apa..saja nak share pasal buah mempelam India yang ni...ada kesempatan bolehlah di tunjukkan pada semua dalam blog ni...Pokoknya dah banyak kali di cantas dahan kerana sebelum ni terlalu rimbun daunnya. Buahnya sekali berbuah hanya 5-6 biji saja yang lekat. Itu pun kalau di balut buahnaya masa sebesar biji guli lagi..kalau tidak lalat buah akan singgah..bertelur dan akhirnya buah akan rosak...

Sunday, October 11, 2009

My Proton Journey

Second honeymoonlah gayenya...
My dreamt car..tapi tak mampu...


mmm..antara yang kami belasah...

Terimakasih kerana beli kereta kami...orang Terengganu rupa -
rupanya CEO Proton ni.....



Saja nak share dengan semua...baru-baru ni Pok Pa dan Che De di jemput oleh EON sebagai jemputan khas mereka..ambik di rumah..hantar airport kuantan..sambutan minum petang...naik fire fly..sampai Airport Subang...naik coach..dinner Sunway Piramid..overnight hotel..breakfeast Lobby EON Shah Alam..bawak melawat kilang proton...test trek..lunch dengan CEO Dato' Zainal dan lain-lain vip...hantar KLIA..naik MAS...sampai airport..hantar rumah..hoooh!! really a vip treatment...atas see some picture taken...

Monday, October 5, 2009

Bonda Tercinta.

Bonda tercinta..jasamu tak dapat kami balas..

Assalamualaikum...


Pada semua adik beradik Pok Pa iaitu Ayah Long, Mama Teh, Mok Mi, Pok Bir, Mok Ani, Mok Ja & Mok Dah...sentiasalah kita mendoakan kesejahteraan ibunda tercinta ini. Walaupuan ayahanda sudah lama pergi dan kita tidak sempat berbakti padanya, kita masih boleh terus mencurahkan kasih sayang pada bonda kita yang alhamdulillah setakat ini masih di anugerahi kesihatan untuk masih bersama-sama kita lagi. Dalam usia yang makin meningkat dan keuzuran yang semakin ketara jelas kerana meniti usia emas, masih ada lagi kesempatan untuk anak-anak mengutip pahala yang disediakan Allah Taala yang dikhaskan untuk anak-anak yang terus mengasihi dan mentaati ibu yang pernah berkorban membesarkan kita dalam serba kekurangan suatu ketika dulu.....Amin

Sekitar Majlis Hari Lahir Alisha - 1

Mana lilin bah ??

Dah besar anak abah....

Majlis di adakan pada 5/7/09. Jemputan di kalangan ahli keluarga sahaja. Kek pun buat sendiri...walaupun majlisnya kecil tapi meriah..alhamdulliah semuanya berjalan lancar..terimakasih pada semua yang hadir dan ada yang bagi hadiah...

Saturday, October 3, 2009

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum....


Masih belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada semua . Jangan lupa puasa 6 di bulan syawal..

Keluarga Allahyarham Ab Rahman b Jusoh

Kepada semua ahli keluarga. Pok Pa dan Mok Ja telah berbincang dan mencadangkan di tubuhkan satu tabung. Tabung itu kita akan gunakan untuk aktiviti keluarga yang Pok Pa bilang ahlinya setakat ning dah 109 orang kecik besar.

Kita akan gunakan wang tabung itu sebaik mungkin. Ahli jawatan kuasa telah di cadangkan dan tunggu komen semua.

Terimakasih

Activity #03

Event: Cukur rambut Alisya
Date: Sometime in Oct 2008
Location: Rumah Pokpa

Activity #02

Event: Wedding Nerah & Fahmi
Date: Nov & Dec 2008
Location: Maran & Muar


Friday, October 2, 2009

Activity #01

Event: Family Bowling
Venue: Megalane, Kuantan Megamall
Date: Sometime in October 2008 (it was last year though)
check out some photos captured that time, enjoy....

the style

the "naruto wannabe" style

the passion

the determination

the players

and, the scores...

Salam Aidilfitri

Selamat datang ke komuniti keluarga Al-Rahman

kami mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, guru-guru serta seluruh umat islam..

So Soon lirik

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, oh
 
Tiny Kaoani