Generasi Al Rahman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada seluruh kaum keluarga, saudara-mara dan rakan taulan yang mengenali diri kami..
ANTARA ADAB-ADAB MENYAMBUT EDULFITRI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Memperbanyakkan Bertakbir dan Bertahmid ( memuji Allah ).
...
2. Mandi sunat EdulFitri .. “sahaja aku mandi sunat edulfitri kerana Allah Ta’ala.”
3. Memakai pakaian yang baru/cantik yang menutup aurat dan sopan.
4. Menjamah sedikit makanan sebelum pergi menunaikan Solat Eid ( contoh – nasi dagang tokwang dengan air kopi ) hehehehe
5. Pergi dan balik dari solat eid mengikut jalan yang berlainan..dapat bertemu dengan ramai umat Islam yang lain.
6. Sunat melewatkan waktu solat eid..memberi ruang untuk umat islam melunaskan zakat fitrah disaat akhir.
7. Mendirikan solat sunat eid secara berjamaah dan mendengar khutbahnya sekali.
8. Menziarahi sesama umat islam bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.
Oleh itu, marilah kita sama-sama meraikan edulfitri ini dengan sebaik mungkin. Moga-moga kita kembali kepada FITRAH seperti mana baru dilahirkan dari perut ibu kita suatu ketika dahulu.